Majlis Iftar Ramadhan dan Khatam Quran : 11 Ogos 2012








Majlis Iftar Ramadhan dan Khatam Quran Peringkat Sekolah telah diadakan pada 12 Ogos 2012, di Surau Raudhatul Ulum, dan Dewan Makan Asrama. Tetamu VIP yang hadir ialah Timbalan Pengarah SBP dan Sekolah Kecemerlangan, Pengerusi PIBG dan Pengerusi PRESSTiJ. Dalam majlis ini Pengerusi Alumni telah menyerahkan Duit Raya kepada anak-anak yatim yang ada di SMSTJ. Semoga majlis ini mendapat rahmat dan berkatnya daripada Allah s.w.t. Amin





Pada 28 Julai 2012, semua warga pendidika telah terlibat dengan Latihan Dalam Perkhidmatan Siri Ke-4. LDP ini adalah anjuran Unit ICT dan Multimedia SMSTJ. Dalam siri LDP pada kali ini guru-guru telah diberi pendedahan dan kemahiran untuk menggunakan Perisian Prezi. Latihan ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Razak Bin Ibrahim, Pengurus Projek Perdana Intelek ICT, USM. Latihan selama 3 jam ini telah memberi banyak manfaat kepada semua guru SMSTJ dan diharapkan dapat digunakan dalam proses P&P pada masa akan datang. Tahniah kepada semua guru SMSTJ.

Perbankan Tanpa Cawangan (PTC) Telah Beropeasi : 26 Julai 2012




Pada 26 Julai 2012, operasi Perbankan Tanpa Cawangan (PTC) BSN telah beroperasi sepenuhnya. Semua warga SMSTJ boleh memanfaatkan perkhidmatan ini. Segala urusan pembayaran bil, pengeluaran wang, pindahan wang kini boleh dilaksanakan di Koperasi SMSTJ. Tahniah SMSTJ

Demo Sidang Video : 25 Julai 2012




Pada 25 Julai 2012, SMSTJ telah didatangi oleh sebuah syarikat yang membekalkan alatan untuk aktiviti Sidang Video. Alat ini bernilai RM23 ribu ringgit. Pihak pengurusan SMSTJ sedang mencari penaja untuk tujuan memasang alatan ini. Alatan ini jika berjaya dipasang di SMSTJ pasti akan dapat menyumbang dalam peningkatan P&P SMSTJ kerana kita boleh berhubung dengan semua sekolah yang telah mempunyai alat penghubung sidang video ini. Pada hari tersebut juga kami telah berhubung secara lintas langsung dengan Pengetua Cemerlang dan Guru Penyelaras Bestari SBP Seri Puteri Cybercaya. Dengan alatan ini membolehkan juga proses P&P berjalan secara maya melalui sidang video dengan SBP-SBP yang lain.

Penerangan mengenai sidang video ini telah disampaikan oleh En. Kenneth dan Cik Molly. Diakhir penerangan tersebut kami dikejutkan dengan pengakuan bahawa En. Kenneth sebenarnya adalah bekas pelajar SMSTJ.

Semoga hasrat untuk memiliki dan memasang alatan in akan tercapai.