Delegasi Pengurusan SMKN 1, Bukit Tinggi ke SMSTJ : 28 Sept 2012




Pengurusan SMK Negeri 1, Bukit Tinggi diketuai oleh Drs. Yon Afrizal telah mengadakan lawatan awal untuk menjalinkan usahasama dalam Bidang ICT & Multimedia bersama denngan SMSTJ. Berdasarkan persetujuan awal SMSTJ akan mengadakan lawatan ke sana pada bulan Disember 2012 untuk berkongsi pengalaman dan menandatangan MOU yang telah dipersetujui bersama antara kedua-dua pihak pengurusan sekolah. Tahniah SMSTJ dan seluruh warganya.

Usahasama Briged Bestari SMSTJ dan SK Tunku Munawir



Briged Bestari di bawah seliaan Unit ICT & Multimedia SMSTJ telah menjalankan usahasama dalam pembikinan Video Sains Angkasa Piala Perdana Menteri 2012 bersama SK Tunku Munawir, Kuala Pilah. Pertandingan ini adalah peringkat Kebangsaan semuga usahasama ini akan berjaya mendapat tempat dalam pertandingan tersebut.

Ragam Di Lokasi Penggambaran Video Korporat SMSTJ 24 Sept. 2012





Cenderamata Suntikan Motivasi Pelajar UPSR-SK Senibai 10 Sept 12






Pada 10 September 2012, Pengetua SMSTJ Pn. Hjh. Noorizan Abd. Latif telah sudi menyampaikan Cenderamata Suntikan Motivasi kepada calon-calon UPSR SK Senibai (Sekolah Orang Asli). Sekolah Kebangsaan Senibai ini adalah merupakan sekolah yang telah menjadi pilihan SMSTJ dalam Program Perkongsian Pintar Akademik (Jayawaris). Dalam siri program ini pelajar-pelajar SMSTJ yang terpilih akan memberikan bimbingan kepada murid-murid Darjah 6 untuk melonjakkan pencapaian UPSR sekolah berkenaan. Tahniah SMSTJ usaha yang perlu diteruskan....

Program "Malaysia Book Of Record" : 17 Sept 2012 Sesi Pengumpulan





SMSTJ telah terpilih untuk menyertai Program "Malaysia Book Of Record" untuk mengumpul jumlah barang kitar semula sebanyak 100 tan di seluruh Malaysia yang melibatkan 46 buah sekolah di Malaysia yang terpilih. Terima kasih kepada seluruh warga pelajar SMSTJ kerana memberikan kerjasama dalam proses pengumpulan bahan kitar semula pada 17 September 2012 yang telah dilakukan di Dewan Sri Bestari pada pukul 8.30 malam.