Cenderamata Suntikan Motivasi Pelajar UPSR-SK Senibai 10 Sept 12






Pada 10 September 2012, Pengetua SMSTJ Pn. Hjh. Noorizan Abd. Latif telah sudi menyampaikan Cenderamata Suntikan Motivasi kepada calon-calon UPSR SK Senibai (Sekolah Orang Asli). Sekolah Kebangsaan Senibai ini adalah merupakan sekolah yang telah menjadi pilihan SMSTJ dalam Program Perkongsian Pintar Akademik (Jayawaris). Dalam siri program ini pelajar-pelajar SMSTJ yang terpilih akan memberikan bimbingan kepada murid-murid Darjah 6 untuk melonjakkan pencapaian UPSR sekolah berkenaan. Tahniah SMSTJ usaha yang perlu diteruskan....

Program "Malaysia Book Of Record" : 17 Sept 2012 Sesi Pengumpulan





SMSTJ telah terpilih untuk menyertai Program "Malaysia Book Of Record" untuk mengumpul jumlah barang kitar semula sebanyak 100 tan di seluruh Malaysia yang melibatkan 46 buah sekolah di Malaysia yang terpilih. Terima kasih kepada seluruh warga pelajar SMSTJ kerana memberikan kerjasama dalam proses pengumpulan bahan kitar semula pada 17 September 2012 yang telah dilakukan di Dewan Sri Bestari pada pukul 8.30 malam.