Demo Sidang Video : 25 Julai 2012




Pada 25 Julai 2012, SMSTJ telah didatangi oleh sebuah syarikat yang membekalkan alatan untuk aktiviti Sidang Video. Alat ini bernilai RM23 ribu ringgit. Pihak pengurusan SMSTJ sedang mencari penaja untuk tujuan memasang alatan ini. Alatan ini jika berjaya dipasang di SMSTJ pasti akan dapat menyumbang dalam peningkatan P&P SMSTJ kerana kita boleh berhubung dengan semua sekolah yang telah mempunyai alat penghubung sidang video ini. Pada hari tersebut juga kami telah berhubung secara lintas langsung dengan Pengetua Cemerlang dan Guru Penyelaras Bestari SBP Seri Puteri Cybercaya. Dengan alatan ini membolehkan juga proses P&P berjalan secara maya melalui sidang video dengan SBP-SBP yang lain.

Penerangan mengenai sidang video ini telah disampaikan oleh En. Kenneth dan Cik Molly. Diakhir penerangan tersebut kami dikejutkan dengan pengakuan bahawa En. Kenneth sebenarnya adalah bekas pelajar SMSTJ.

Semoga hasrat untuk memiliki dan memasang alatan in akan tercapai.

No comments:

Post a Comment